ada satu lagi - hujung minggu - sebelum hari raya. itu masa memborong apa yang ada..
petang ini kuala lumpur jam gila. hujan ribut petang menambahkan suasana tegang di jalan raya.
chow kit dan wilayah masjid india sibuk sibuk sibuk.
tok peraih kueh agak malap tahun ini.
seminggu dulu dah ada 10 ringgit untuk tiga kotak kueh kering.ini tanda tak sehat. ruang kosong masih banyak di batu road. depan sogo dan jalan tar tak ada peniaga haram.
kedai bundle banyak yang kosong
kerana barang ciplak dari cina datang melambak lambak
semua ada – semua ada - tak ada yang tak ada –
mercun pun ada kalau kenal dengan tokannya.
raya tak ada mercun macam makan tak ada ulam
raya tak ada mercun macam kahwin tak tidur sekali
sapa yang belum beli mercun sila cara cari cari...
bagi aku, baju mak & adik x beli lagi, insyaallah minggu depan aku cari. Aku punya x payah pon xpe. Tp aku hajat nak beli satu baju ni, baju yang slalu ura2 kan kat pejai aku nak beli. Smpi mamat tu cakap x abes2...semu aku borong mgg depan. Insyallah lepas keja aku pegi.
Lately, badan aku penat. Banyak betul aktiviti, dari kerja sampai ke belajar..semuanya x pernah berhenti. . badan x tertanggung kalau ade unsur menyusahkan dari luar, diri senang melenting. Tu belom masuk nak beraya syukurla aku x kesah sangat nak raya, cukup la ade ape yang patut.
Cuti skang pon dah satu 1/2 hari je, bulan depan sehari je cuti. Bile cuti aku pegi klass, mungkin xde rehat, malam pon mgkn tdo lewat, assigment punya pasal. Tapi xpe, ssh sikit skang insyallah senang masa depan.
p/s: smlm aku jumpa ustaz yang slalu aku rujuk bila aku ade masalah, satu sahaja "mengalah slagi boleh mengalah, mengalah bukan kita kalah..tapi kita menang, kita menang mlawan ego, kita menang mlawan dendam, kita menang melawan marah...!"
LAGI ENAM HARI
maka ia pun sampai
bagitu cepat ramadan belalu
bagai tidak di rasakan
bagi cepat minggu beredar
bagai tidak di rasakan
bagitu cepat hari berlalu
bagai tidak di rasakan
tahun lepas
tidak akan datang tahun ini
bulan lepas telah berlalu
tidak ada yang akan berulang
masa bergerak
bila kau lintasi waktu ini
maka ianya berjalan pantas
mencuram jatuh
membuka liang
masa dan saat bergerak terus






.jpg)